ENDOWMEN

APAKAH MAKSUD ENDOWMEN?

Endowmen ialah pemberian SUMBANGAN KEPADA INSTITUSI PENDIDIKAN yang tidak berteraskan keuntungan sama ada dalam bentuk wang tunai, saham, tabung pelaburan, pembinaan bangunan, harta modal atau apa-apa bentuk sumbangan endowmen mengikut terma dan syarat penggunaan yang telah dipersetujuai.

JENIS TERIMAAN DANA ENDOWMEN

Terimaan dana endowmen adalah tertakluk kepada jenis-jenis yang dinyatakan seperti dalam jadual di bawah:

"Endowed"

Sumbangan dilaburkan dan hanya pulangan pelaburan diguna dan dimanfaatkan.

"Expendable"

Sumbangan yang ditetapkan oleh penaja untuk diguna dan dimanfaatkan sehingga habis tanpa perlu dilaburkan.

"Restricted"

Penaja menetapkan penggunaan sumbangan secara khusus.

"Unrestricted"

Penaja tidak menetapkan penggunaan sumbangan secara khusus dan kebebasan PTj dalam pengunaannya.

Penentuan kepada bentuk terimaan endowmen secara “endowmen” juga termasuk Terimaan bersyarat secara bertempoh oleh penaja iaitu penaja meletakkan syarat supaya sumbangan pokok dipulangkan semula selepas tamat tempoh yang telah dipersetujui bersama.

Perkara 48(1) : Kuasa Lembaga Untuk Mendapatakan dana, menerima hadiah, dsb;

Lembaga boleh bagi pihak Universiti mendapatkan dana bagi aktiviti akademik dan penyelidikan Universiti dan menerima sebagai penerimaan, hadiah, pemberian berwasiat, subsidi, legesi atau selainnya, harta atau wang bagi membantu kewangan Universiti atas apa-apa syarat sebagaimana yang ditetapkan olehnya.

Perkara 49 : Harta yang diberikan bagi maksud tertentu hendaklah diakaunkan secara berasingan

Segala harta atau wang yang diberikan bagi sesuatu maksud tertentu hendaklah diggunakan dan ditadbirkan mengikut maksud harta atau wang itu telah diberikan dan hendaklah diakaunkan secara berasingan.

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.