ZAKAT

PENGENALAN

Penubuhan Tabung Amanah Zakat UPSI pada tahun 2005 merupakan satu langkah tepat untuk menyediakan satu dana yang boleh digunakan bagi membantu pelajar dan kakitangan yang kurang berkemampuan. Setelah hampir dua puluh tahun kewujudan tabung ini, tahun 2021 telah mencatatkan sejarah yang tersendiri apabila dana zakat yang dapat dikumpulkan melalui tabung ini hampir mencecah RM3 juta.

Tiga sumber penting yang menyumbang dana zakat kepada Tabung Amanah zakat pendapatan serta zakat harta daripada Alumni UPSI. Gabungan sumbangan ketiga-tiga pihak ini telah menjadikan keseluruhan dana yang berjaya dipungut bagi tahun 2021 ialah RM2,736,200.57. Jumlah ini telah meningkat sebanyak 19 peratus berbanding pungutan pada tahun sebelumnya.