KAMI BERJANJI DAN KOMITED UNTUK MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN YANG CEKAP, PROFESIONAL, BERETIKA DAN MESRA KEPADA PELANGGAN KAMI SEPERTI BERIKUT :
PERKHIDMATAN KAUNTER BAGI SEMUA URUSAN DILAYAN DALAM TEMPOH LIMA (5) MINIT.
MENERIMA, MEREKOD DAN MENGELUARKAN RESIT RASMI BAGI SEMUA SUMBANGAN ZAKAT, SEDEKAH DAN WAKAF SECARA TUNAI DAN CEK DALAM TEMPOH SATU (1) HARI DARIPADA TARIKH SUMBANGAN.
MENERIMA, MEREKOD DAN MENGELUARKAN RESIT RASMI BAGI SEMUA SUMBANGAN ZAKAT, SEDEKAH DAN WAKAF SECARA ATAS TALIAN DAN LAIN-LAIN TERIMAAN DALAM TEMPOH TIGA (3) HARI DARIPADA PEMAKLUM RASMI DIBUAT.
MEMPROSES BAYARAN PERMOHONAN ZAKAT DARIPADA PELAJAR DAN KAKITANGAN DALAM TEMPOH 30 HARI BEKERJA DARIPADA TARIKH TEMUDUGA/TERIMAAN DOKUMEN YANG LENGKAP.
MEMPROSES BAYARAN SEDEKAH KEPADA PELAJAR, KAKITANGAN DAN MASYARAKAT AWAM DALAM TEMPOH 30 HARI BEKERJA DARIPADA TARIKH TERIMAAN DOKUMEN YANG LENGKAP.
MEMPROSES BAYARAN KHAIRAT KEPADA WARIS KAKITANGAN YANG MENYERTAI KHAIRAT DALAM TEMPOH 20 HARI DARIPADA TARIKH TERIMAAN DOKUMEN YANG LENGKAP.
MAKLUM BALAS KEPADA PENGADU PERLU DIBUAT DALAM TEMPOH TIGA (3) HARI BEKERJA UNTUK MEMBERITAHU BAHAWA ADUAN MEREKA TELAH DIAMBIL PERHATIAN DAN AKAN DISELESAIKAN.