KHAIRAT

PENGENALAN

AGIHAN KHAIRAT” bermaksud agihan sumbangan yang disalurkan kepada waris kakitangan yang meninggal dunia seperti yang ditetapkan Oleh Garis Panduan Pengurusan Skim Khairat Kematian.

“Jawatankuasa Skim Khairat Kematian” bermaksud jawatankuasa yang dilantik dan ditetapkan seperti terkandung dalam garis Panduan Pengurusan Skim Khairat Kematian bagi menguruskan skim teersebut.

“Skim Khairat Kematian” bermaksud wang yang dikumpu daripada peserta pada kadar tertentu dan diberikan kepada waris seseorang yang meninggal dunia apabila berlaku kematian.

OBJEKTIF PENUBUHAN SKIM KHAIRAT KEMATIAN

Objektif penubuhan Skim Khairat Kematian adalah seperti berikut :

  • Mewujudkan sumbangan tunai kepada waris atau keluarga kakitangan apabila berlaku kematian bagi memudahkan perlaksanaan segala urusan berkaitan.
  • Membuka ruang kepada kakitangan UPSI untuk menyumbang dan membuat amal kebajikan.
  • Menyediakan satu mekanisme sumbangan tunai yang efisien dan efektif apabila berlaku kematian kakitangan yang menyertai skim ini.