ENDOWMEN

Penentuan kepada bentuk terimaan endowmen secara “endowmen” juga termasuk Terimaan bersyarat secara bertempoh oleh penaja iaitu penaja meletakkan syarat supaya sumbangan pokok dipulangkan semula selepas tamat tempoh yang telah dipersetujui bersama.

Perkara 48(1) : Kuasa Lembaga Untuk Mendapatakan dana, menerima hadiah, dsb;

Lembaga boleh bagi pihak Universiti mendapatkan dana bagi aktiviti akademik dan penyelidikan Universiti dan menerima sebagai penerimaan, hadiah, pemberian berwasiat, subsidi, legesi atau selainnya, harta atau wang bagi membantu kewangan Universiti atas apa-apa syarat sebagaimana yang ditetapkan olehnya.

Perkara 49 : Harta yang diberikan bagi maksud tertentu hendaklah diakaunkan secara berasingan

Segala harta atau wang yang diberikan bagi sesuatu maksud tertentu hendaklah diggunakan dan ditadbirkan mengikut maksud harta atau wang itu telah diberikan dan hendaklah diakaunkan secara berasingan.