Sekolah UPSI adalah menjadi “Sekolah Pengajar” yang dapat berfungsi sebagai platform latihan keguruan kepada bakal pendidik dan menjadi tempat rujukan inovasi pendidikan negara dari segi pedagogi, teknologi, pentaksiran dan sistem pendidikan yang kalis masa depan.
Sekolah UPSI merupakan sebuah inisiatif perdana UPSI yang memfokuskan kepada penyelidikan pendidikan yang pratikal bertaraf dunia dalam mencipta inovasi dalam bidang pendidikan bagi melahiorkan murid yang cemerlang sebagai modal insan negera.
Fungsi Sekolah UPSI
Menyediakan pendidikan yang berkualiti dan berpusatkan murid.
Menyediakan peluang perkembangan profesional kepada ggolongan guru dan pengamal pendidikan.
Menyediakan latihan dalam perkhidmatan kepada guru dan pengurusan sekolah.
Menjadi pusat penyelidikan dan inovasi dalam pembangunan bidang pendidikan.