INSTITUT PENDIDIKAN TAHFIZ DAN TURATH ISLAMI (IPTTI)
Akademik Pondok Bitara merupakan sebuah Pusat Tanggungjawab (PTj) di bawah UPSI.
Institut Pendidikan Tahfiz & Turath Islami menggunakan kurikulum yang mengintegrasikan sistem ‘pondok’ dan sistem pendidikan arus perdana.
Bahasa Melayu dan Bahasa Arab sebagai bahasa utama dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa tambahan.
Kurikulum pondok ialah pengajaran menggunakan kitab Turath (kitab kuning Nusantara bertulisan jawi dan kitab Induk Pengajian Islam berbahasa Arab) secara talaqqi berkonsepkan:
“Menggabungkan di antara perkara lama yang baik dan perkara baru yang bermanfaat”