A collage of photos showing students receiving aid and interacting with university staff, illustrating the 'MEREALISASIKAN IMPIAN PENDIDIKAN' (Fulfilling Educational Aspirations) initiative by the Centre for Waqf, Endowment, Zakat, Khairat, and Sadaqah (WEZAS) at UPSI.

Merealisasikan Impian Pendidikan

Pusat Wakaf, Endowmen, Zakat, Khairat dan Sedekah (WEZAS) merupakan inisiatif strategik yang diwujudkan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), sebuah Universiti Pendidikan di Malaysia yang terkemuka. WEZAS berperanan memupuk serta memperkasa budaya memberi dan amalan filantropi dalam kalangan warga universiti dan masyarakat.

Melalui platform sumbangan berbentuk Wakaf, Endowmen, Zakat, Khairat dan Sedekah ini, UPSI memperkukuh pembangunan ilmu, kebajikan dan kesejahteraan ummah sebagai sebahagian daripada komitmennya terhadap Pendidikan Berkualiti di Malaysia.

WEZAS berperanan sebagai pemangkin dalam membantu meringankan beban pelajar yang memerlukan, memastikan kesinambungan pengajian serta melahirkan graduan yang berilmu, berakhlak dan berjiwa penyayang.

  • Keutamaan strategik WEZAS tertumpu kepada usaha memperkasa peranan sebagai peneraju dalam bidang kebajikan dan filantropi di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
  • Ini termasuk memperkukuh keupayaan organisasi dan pembangunan sumber manusia bagi memastikan tadbir urus yang cekap, telus dan berintegriti, serta menjana kutipan melalui strategi kewangan yang inovatif dan mampan.
  • WEZAS komited memperluas agihan dan manfaat agar setiap sumbangan dapat disalurkan dengan lebih telus dan berimpak tinggi.
  • Kolaborasi strategik turut diperkukuh bersama pelbagai pihak termasuk industri, agensi kerajaan dan komuniti setempat.
  • Dengan membudayakan nilai ihsan, amanah dan tanggungjawab sosial, WEZAS beriltizam memperkukuh ekosistem kebajikan dan pendidikan berkualiti di Malaysia, selaras dengan visi UPSI sebagai universiti pendidikan unggul negara.
WEBSITE DESIGN (3)
previous arrow
next arrow

Mengapa Memilih Di WEZAS?

Lantikan Mutawalli - Wakaf Daripada MAIPk



Wakaf Pendidikan dan Kebajikan

Universiti Pertama Mendapat Pengecualian Cukai LHDN


Wakaf Subseksyen 44 (11d)

Wakaf Universiti Pertama Mendapat Pengecualian Cukai LHDN

Endowmen Subseksyen 44 (11d) (B) Endowmen

Lantikan Amil Zakat Daripada MAIPk


Amil Institusi Bagi Zakat Harta


Rebat Cukai Zakat




Subseksyen 6a(3) Zakat


Manfaat Layanan Cukai LHDN - Khairat & Sedekah


Subseksyen 44(6) Sumbangan Dan Derma

Aktiviti WEZAS

A collage of photographs showing the WEZAS team and representatives from various other universities and institutions, symbolizing its role as a benchmark model in waqf, zakat, and sadaqah management.

WEZAS Model Penanda Aras

WEZAS dijadikan model rujukan dan penanda aras bermaksud ia berperanan sebagai contoh terbaik dalam pelaksanaan, pengurusan, dan tadbir urus wakaf, zakat, khairat serta sedekah. Kejayaan, sistem, dan amalan terbaik yang diamalkan oleh WEZAS dijadikan panduan oleh institusi lain untuk memperkukuh keberkesanan dan ketelusan pengurusan mereka. Ini menunjukkan WEZAS diiktiraf sebagai institusi yang unggul, berintegriti, dan berimpak tinggi dalam memperkasa ekonomi ummah melalui instrumen kebajikan Islam.

An organizational chart graphic showing the structure and key personnel of the MAWEZ (Majlis Agama dan Wakaf Negeri-negeri Malaysia) council, illustrating WEZAS's involvement in the national platform.

Keterlibatan Wezas Dalam MAWEZ

Keterlibatan WEZAS dalam MAWEZ (Majlis Agama dan Wakaf Negeri-negeri Malaysia) menunjukkan peranan aktif WEZAS dalam memperkukuh kerjasama antara institusi wakaf di seluruh negara. Melalui MAWEZ, WEZAS berkongsi kepakaran, pengalaman, serta amalan terbaik dalam pengurusan wakaf, zakat, dan sedekah. Penglibatan ini turut memperkukuh jaringan strategik, penyelarasan dasar, serta pembangunan program bersama bagi mempertingkatkan keberkesanan dan impak sosial ekonomi umat Islam di Malaysia.

A framed certificate officially documenting the reappointment of the Centre for Waqf, Endowment, Zakat, Khairat, and Sadaqah (WEZAS) as an Institutional Zakat Amil by the Perak Islamic Religious and Malay Customs Council (MAIPk).

Penyambungan Lantikan Amil Zakat

Pusat Wakaf, Endowmen, Zakat, Khairat dan Sedekah (WEZAS) telah dilantik semula sebagai Amil Zakat Institusi Pendidikan oleh Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk). Pelantikan ini berkuat kuasa dari 1 Mei 2024 hingga 30 April 2026. Ia menunjukkan pengiktirafan MAIPk terhadap keupayaan dan integriti WEZAS dalam mengurus kutipan serta agihan zakat di institusi pendidikan secara profesional dan berkesan.

The grand, beige-colored Canselori (Chancellery) building entrance at Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), with the word 'CANSELORI' prominently displayed in the foreground.

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
Pusat Wakaf, Endowmen, Zakat, Khairat & Sedekah (WEZAS), Ground Floor, Chancellery Building, Sultan Abdul Jalil Shah Campus, 35900 Tanjung Malim, Perak

CONTACT US
+605-450 6249 / 6313

E-MAIL
wezas@upsi.edu.my

An interior view of an office entrance for 'WEZAS' (Pusat Wakaf, Endowmen, Zakat, Khairat dan Sedekah) with a 'STRATEGIC PLAN 2021-2025' display board and the Malaysian flag visible.

OPERATING HOURS
Monday – Thursday
8:00 a.m. – 5:00 p.m.

Friday
8.00 a.m. - 12.15 p.m.
2.45 p.m. - 5.00 p.m.